Tuesday, November 17, 2015

Kenapa saya patut promosikan perniagaan anda?



Bila difikir-fikirkan semula... sebenarnya tak ada sebab pun untuk saya bantu promosikan perniagaan anda. Daripada saya promosikan bisnes anda... kan lebih baik saya promosikan bisnes saya sendiri. Betul tak? 


Orait saya nak kongsikan satu kisah... 


Bila kita datang ke tempat baru... kita tak kenal sesiapa. Kita nak tanya kat orang yang kita kenal pasal tempat yang kita nak pergi tu pun kadang-kadang tak berapa relevan. 


Misalnya saya sendiri. 


Saya orang Selangor. 



Katakanlah satu hari saya akan ke Terengganu, dan saya bercadang nak berkunjung ke Dungun. 


Kalau saya ada kawan yang memang orang Terengganu, mungkin tak jadi masalah. Sebabnya, apa-apa yang saya nak tau pasal Terengganu atau pasal Dungun, saya boleh tanyakan terus kepada mereka. 


Saya ambil contoh, kalau saya perlukan tempat untuk menginap di Dungun. Saya boleh tanya kawan saya tu. 


Tetapi yang berlaku ialah, saya tak ada ramai kawan yang berasal dari Terengganu. Kalau ada yang tinggal kat Terengganu pun, saya di fahamkan mereka tinggal di Kemaman, dan jugak di Gong Badak. 


Kalau saya nak tanya lebih-lebih pasal Dungun pun belum tentu mereka tau. 


Sama macam saya la... saya tinggal di Klang. Kalau orang tanya macam-macam pasal Kuala Selangor kat saya. Saya pun akan kata tak tau. Malahan, saya akan suruh orang yang ada banyak benda nak tanya tu untuk buat carian kat laman web google je. 



Kat situ pasti ada banyak info yang dia perlukan dia boleh dapati. 


Jadi, dalam situasi Dungun ni, saya pernah menulis tentang homestay yang anda boleh sewa di Dungun. 


Boleh baca artikel ini --> 

Homestay Solehah Dungun – Destinasi Penginapan PILIHAN Di Dungun

Artikel ini saya tulis khusus untuk orang-orang yang bakal dan yang merancang untuk mengunjungi Dungun tetapi masih tak pasti nak menginap di mana. 


Nampak tak? Saya menulis bukannya untuk diri saya semata-mata. Sebaliknya saya membantu bakal pelanggan anda untuk temui anda dan seterusnya boleh terus berurusan dengan anda, tanpa melalui saya pun. 


Berapa yang anda nak caj bakal pelanggan tu nanti, bukan urusan saya. Kerja saya dah selesai, iaitu bantu pelanggan temui anda dan perniagaan anda. 

.

..

Situasi lain.


Saya pernah menulis tentang gangguan jin dan makhluk halus di laman blog saya. 


Baca artikel yang ni pulak ye --> 

Pengalaman Sesi Rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum


Untuk sesetengah orang, hal-hal berkenaan dengan isu kesihatan ini adalah hal yang sensitif. Lebih-lebih lagi kalau masalah yang berkaitan dengan tipu daya syaitan. 


Fitnahnya besar. 


Kita bukan boleh suka-suka hati tanya kat kawan-kawan. Nanti kalau tersilap kata, macam-macam hal yang tak sepatutnya timbul akan berlaku. 


Akan ada pihak yang menduga-duga, dan meneka-neka siapalah agaknya yang jahanam sangat jadi punca berlaku masalah macam tu. 


Jadi lebih baik terus tanyakan pada yang pakar. 


... Ya memang tak dinafikan, kat luar sana terdapat ramai PAKAR yang buka pusat rawatan Islam seperti ini. 


Ini adalah salah satu alternatif dan pilihan. Kadang kita tak tau, kita pergi tempat A, masalah masih belum dapat diselesaikan. 


Jadi kita ikhtiar kat tempat lain. 

.

..

Dengan terhasilnya artikel-artikel advertorial dalam blog saya, saya doakan semoga mereka yang mempunyai masalah tertentu dapat selesaikan masalah mereka. 


Sebagai pemilik perniagaan, semoga anda dapat buat bisnes dan dapat berikan khidmat yang terbaik, selain dapat jana keuntungan. 


Kenapa saya patut promosikan perniagaan anda pula?


Pada saya, ini adalah suatu kepuasan, bila saya dapat bantu orang lain untuk dapatkan jualan bagi produk mahupun perkhidmatan yang mereka tawarkan. 


Sekarang ni, giliran anda pula. 


Jom la, buat tempahan kat sini, dan In Shaa Allah saya dan team akan bantu anda sebaik mungkin. 


 


 
 
  

No comments:

Post a Comment