Monday, November 16, 2015

Jenis Advertorial yang saya TAK MINAT nak tulis


... TAK MINAT nak tulis. Malahan lebih kepada akan di REJECT. 


Maaf ya. Orang-orang yang ada mentaliti nak cepat kaya, malas nak berusaha, anggap macam servis advertorial ni adalah jalan mudah untuk anda menipu orang ramai... sila jalan terus dan tak perlu susah payah nak singgah lama-lama di laman web kami. 


Bukan semua advertorial kami akan tulis. 


TIDAK. 


"Tapi saya ada duit nak upah kamu...!"


Gunakan duit tu untuk upah orang lain. Kami ambil pendekatan untuk tidak terlibat dalam perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada kami.


Mari saya perincikan serba sedikit, jenis advertorial yang kami akan elakkan. 


(1) Advertorial tentang FOREX

Jika anda buka kelas mengajar tentang teknik Forex, ia masih lagi ok dalam perkiraan saya. 


Jika anda menjual panduan yang mengajar bagaimana cara nak trade Forex, itu juga masih bagus. 


TETAPI


Jika anda mempromosikan skim-skim, pakej, plan atau hal-hal yang menjurus kearah cari prospek untuk invest dalam syarikat yang buat trading forex, bagi duit kemudian tunggu setiap minggu duit akan masuk, itu saya terpaksa TOLAK. 


Memandangkan, perihal tentang Forex ni, ada yang OK dan ada yang Tak Ok, jadi untuk memudahkan urusan, mana-mana yang berkaitan dengan Forex... saya akan tolak.


(2) Advertorial tentang Judi 

Kasino ke, mesin slot, atau apa-apa sahaja yang berkaitan judi. Simple. Kita tak minat nak libatkan diri dengan benda-benda macam ni. 


(3) Advertorial tentang pelaburan 

Pelaburan konvensional sama ada dari bank, intitusi kewangan berlesen dan sebagainya. Asalkan ia berkaitan dengan perlaburan dan TIDAK SYARIAH COMPLIANCE, kita tak minat nak bantu promosikan. 


(4) Advertorial tentang Money Game

Dalam money game, hanya duit sahaja yang duk pusing-pusing sesama ahli, tanpa ada benefit atau manfaat yang jelas yang datangnya dari produk mahupun perkhidmatan. 


Contohnya sekarang ni, program derma sesama ahli. 


Apa kejadahnya orang Islam sekarang ni, kutip derma untuk bina kekayaan peribadi? Bukankah Allah dah berikan kesempurnaan akal fikiran, tubuh badan yang sempurna dan sihat untuk berusaha sama ada jalan pekerjaan, perniagaan ataupun pelaburan untuk cari dan kumpul harta! 


Kenapa dengan jalan derma jugak yang kamu pilih.


Ok dah... kalau nak main kutip-kutip derma, sorry to say, kita tak sesuai nak kerjasama.


(5) Advertorial tentang MLM 

Kat luar sana ada terlalu banyak peluang buat duit dengan MLM. 


Masalah dengan MLM ni salah satunya ialah, kita agak sukar nak tak tau sama ada sesuatu produk tu dibeli sebab ianya memang produk yang diperlukan ataupun sebenarnya orang beli sebab nak join sistem buat duit dia. 


Cari dua kaki, dua kaki lagi cari dua kaki, ada pairing, flush... bla bla bla... Pening. 


Dah banyak sangat skim cepat kaya yang bersembunyi disebalik sistem pemasaran MLM ni. 


Mereka tak cerita sangat pun tentang produk, sebaliknya duk cerita macam mana nak buat 5 figures income setiap bulan, beli rumah mewah, pergi haji dan sebagainya. 


Ah... maaf lah. itu pun kita tak minat nak promosikan.


(6) Advertorial tentang politik dan yang bersangkutan dengan parti politik 

Saya ada fahaman dan pegangan politik saya sendiri. 


Isu politik adalah salah satu isu yang SENSITIF. Termasuklah isu yang berkaitan Seks, Kaum dan sebagainya.

    
Matlamat kita adalah untuk bantu para usahawan sama ada offline ataupun online mendapat lebih banyak pendedahan tentang kewujudan produk dan perkhidmatan mereka.


.

..

...

Jika anda termasuk dalam mana-mana satu kategori yang saya sebutkan, apa yang akan berlaku ialah sama ada 

1. Kita akan FULL REFUND duit yang dibayar 

2. Kita akan minta anda TUKAR topik lain 

3. Tolong. Tolong jangan buat tempahan langsung. Itu lebih mudah! 


Akan tetapi, kalau anda tidak termasuk dalam kategori-kategori yang saya highlight itu, bolehlah dapat servis advertorial dari kami dengan menekan klik pada pautan ini

 


 

No comments:

Post a Comment