Ianya salah satu cara pengiklanan yang efektif dengan kos yang murah berbanding mana-mana cara pengiklanan secara online yang berbayar.
Apa Itu Servis Advertorial
Secara mudah, JJ boleh katakan disini, ianya adalah salah satu servis ataupun perkhidmatan pengiklanan menulis review produk mahupun perniagaan yang anda boleh dapati dari kebanyakan penulis blog di Malaysia mahupun luar negara.
Servis advertorial ini, bukanlah satu kaedah baru dalam pengiklanan secara online. Malahan ianya sudah lama diguna pakai oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar luar dan dalam negara.
Iklan review perniagaan anda akan diolah mengikut kemahiran dan kreativiti si penulis. Selalunya mesej iklan anda akan diolah sebaik mungkin menjadi satu artikel yang pembaca sendiri tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang membaca iklan peniagaan anda.
Salah satu faktor penting yang anda perlu tahu tentang apa itu servis advertorial, sebelum anda mendapatkan perkhidmatan ini dari mana-mana penulis advertorial yang ada menawarkan servis ini, ialah penulisan yang mampu menarik minat pembaca untuk membaca dan faham apa maklumat yang mahu disampaikan.
Ini penting, kerana sebagai usahawan yang mendapatkan servis advertorial ini, sudah tentunya anda mahukan hasil semaksimum mungkin melalui pelaburan yang anda buat.
Amatlah mendukacitakan jika artikel mengenai perniagaan anda mendapat carian mudah di search carian google namun, prospek terus mengklik butang pangkah sebelum sempat mendapatkan apa-apa maklumat tentang perniagaan anda menerusi artikel review perniagaan yang telah dibuat.
Bagaimana untuk mendapatkan servis advertorial yang berkualiti dan mampu menghasilkan jualan?
Cara mudah untuk anda membuat penilaian ini, adalah dengan membaca review yang pernah ditulis oleh penulis tersebut.
Baca artikel review yang pernah ditulis oleh si penulis review. Dari situ anda sendiri sudah dapat menilai akan kebolehan si penulis untuk menghasilkan kandungan artikel review sama ada ianya berkualiti atau pun tidak.
Namun harus diingat, sehebat manapun review perniagaan anda yang telah dihasilkan oleh penulis advertorial, tidak ada jaminan ianya bakal menjadikan jualan.
Sebagai usahawan, mahpun peniga, ada banyak faktor yang saling berkait dalam menentukan sama ada perniagaan anda bakal mendapat jualan yang meletop.
Setiap usaha anda, pasti ada bayarannya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Semoga langkah anda membuat pengiklanan advertorial menjadi salah satu asbab meningkatkan perniagaan anda.
Semoga artikel berkaitan apa itu servis advertorial memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna untuk anda.